Ayuh sertai kempen baik pulih masjid fasa 1 bagi membaiki dan membina tandas dan ruang wuduk lelaki dan perempuan, ruang solat muslimat dan dewan.
Assalamualaikum kepada para penyumbang. Yayasan Amal Maaruf Malaysia dapati bahawa masjid ini memerlukan dana untuk baik pulih kawasan. Keadaan bumbung ini juga mengalami kebocoran apabila hujan lebat. Keadaan ini agak bahaya untuk para jemaah yang bersolat jika masalah ini dibiarkan berlanjutan.
Sumbangan ini diharap dapat membantu pihak pengurusan untuk mengurus dan memperbaiki kerosakan yang berlaku untuk keselesaan jemaah dan penggunanya.
“Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
(Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87)
Jadi, dengan rendah diri kami menyeru kepada masyarakat untuk membantu dalam memberikan keselesaan kepada semua jemaah di kampung ini bagi menunaikan ibadah di masjid dengan hanya berinfak serendah RM10. InshaAllah dengan infak dermawan semua, ia dapat memberi keselesaan dan memudahkan urusan penduduk dalam menunaikan ibadah. Selagi masjid ini berdiri teguh, selagi itu pahala akan mengalir tanpa putus. InshaAllah
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!