Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM500 / 2.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
25 Penyumbang
Kempen Berakhir!
مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِاْلعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَهَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ باِلعِلْمِ
"Barangsiapa yang ingin dunia, maka hendaklah ia menguasai ilmu. Barangsiapa yang ingin akhirat, hendaklah ia menguasai ilmu. Dan barangsiapa yang ingin kedua-duanya (dunia dan akhirat), hendaklah ia menguasai ilmu." (HR. Ahmad)
Tidak semua pelajar yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Al-Quran Al-Huda bernasib baik seperti anak-anak lain kerana jumlah keseluruhan pelajar Al Huda baik dari Al Huda I atau II semuanya didominasi oleh pelajar dari keluarga ekonomi kelas bawah. Ada juga yang tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana ibunya berstatus ibu tunggal.
Komitmen kami kepada pelajar Tahfiz Quran adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik tanpa mengenakan bayaran kepada mereka. Kami yakin usaha ini akan mendatangkan keberkatan daripada Allah SWT sekiranya memberi keistimewaan kepada penghafal Al-Quran.
Pendidikan merupakan keperluan asas bagi setiap manusia kerana dengan pendidikan seseorang itu dapat mengenali ilmu-ilmu baru yang akan memberi impak kepada kehidupan untuk dirinya dan keluarga serta masyarakat. Justeru, amat malang sekiranya pelajar Tahfiz Quran tidak dapat melanjutkan pelajaran secara formal ke peringkat yang lebih tinggi kerana dana yang terhad.
Kami mengajak semua muslimin dan muslimat di mana sahaja berada agar dapat menjadi ibu bapa angkat kepada pelajar Tahfiz Quran Al Huda Musi Rawas. Dengan rutin menyumbang ke program ini bagi menampung yuran persekolahan pelajar, kelengkapan persekolahan pelajar dan kami berharap agar pelajar akan dapat melanjutkan pelajaran agamanya di pondok pesantren.
Dengan menderma kepada program ini bermakna Tuan/Puan telah memberi kepercayaan kepada kami dengan menjaga pelajar Tahfiz Quran agar mendapat pendidikan yang sewajarnya. Bukan sahaja biasiswa, lebih dari itu pelajar dapat menamatkan pendidikan formal ke peringkat kolej. Dana yang terkumpul nanti akan digunakan untuk merealisasikan program, tunjuk ajar pelajar, pemerkasaan ekonomi keluarga pelajar agar berdikari dan sejahtera. Selain itu, dana tersebut digunakan untuk kos operasi dan pembangunan Institusi Pendidikan Islam.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 03, 2022
SITI ROHAIDAH MUSTAPA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 03, 2022