MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 17, 2023

BANTUAN PEMBINAAN KOLAH WUDHUK MAAHAD TAHFIZ

RM670 / 8.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

36 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari sedekah untuk pembinaan kolah wudhuk buat pelajar tahfiz. Bayangkan berapa banyak pahala yang akan kita dapat tempat wudhu tersebut dipakai oleh puluhan pelajar untuk beribadah.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka peluang infaq membina sebuah kolah wudhuk untuk kemudahan anak tahfiz asnaf dan anak-anak yatim yg menuntut di sini mengambil wuduk harian untuk mengerjakan ibadah solat, mengaji Al-Quran dan lain ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.



Tempat wuduk yang selesa adalah fasiliti utama yang penting di maahad agar warga maahad dapat menjalankan rutin harian seperti mengerjakan ibadah solat, mengaji Al-Quran dan lain-lain ibadah dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jumlah kos yang diperlukan bagi pembinaan tersebut adalah dalam anggaran RM10,000. Pihak Maahad masih dalam proses pengumpulan dana bagi merealisasikan kerja-kerja pembinaan kolah wuduk buat para pelajar tahfiz.



Islam memperkenalkan umatnya berbagai-bagai cara untuk bersuci dan membersihkan diri sama ada dari segi zahir atau batin. Salah satu daripada cara tersebut adalah dengan mengambil wuduk atau dikenali juga sebagai mengambil air sembahyang.



Wuduk mendidik umat Islam semenjak usia kanak-kanak agar bertanggungjawab dalam memelihara kebersihan diri. Setiap hari anggota tubuh manusia pasti akan melakukan pekerjaan yang menjadi punca kekotoran dan penyakit pada jasmani manusia. Ibnu ‘Asyur dalam tafsirnya menyatakan bahawa wuduk berperanan penting dalam menyucikan hati orang yang beriman. Penyucian hati ini berlaku apabila ia bebas dari sifat mazmumah lalu terdidik dengan sifat-sifat mahmudah.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada muslimin dan muslimat dermawan yang dikirimkan Allah untuk bersedekah jariyah pembinaan kolah wuduk di maahad ini. Insya-Allah kolah wudhu ini adalah pelaburan untuk saham akhirat kalian dan akan mengalirkan pahala kepada siapa saja yang menjadi penyumbangnya.


“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menginfakkan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (S.Ali-Imran:133-134)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat