MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 31, 2023

BANTU PEMBINAAN KOLAH WUDUK BUAT PELAJAR TAHFIZ

RM1,225 / 12.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

64 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

DI RAMADAN BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI, MARI BERSAMA-SAMA SALING BERKONGSI REZEKI DAN KEBAHAGIAAN DENGAN MENGINFAQ BAGI PEMBINAAN KOLAH WUDUK YANG DIDAMBAKAN PARA PELAJAR TAHFIZ.


Pihak maahad berbesar hati memohon sumbangan untuk Infaq Pembinaan Kolah Wuduk Buat Pelajar Tahfiz agar lebih ramai pihak sama ada individu, NGO dan orang ramai bersama bergabung untuk merealisasikan usaha mulia ini. Dengan berkat Ramadan yang istimewa ini, mari suburkan sunnah amalan sedekah yang disukai Rasulullah SAW semasa bulan Ramadan. Baginda akan bersedekah ibarat angin yang bertiup. Ayuh berinfaq serendah RM10 untuk mewujudkan cita-cita warga maahad bagi memiliki tempat wuduk yang sudah lama dinanti oleh anak-anak tahfiz di sini. Mari bersama wujudkan fasiliti kolah wuduk yang selesa agar ibadah mereka semakin khusyuk dan nyaman.



Seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah sangat mendambakan prasarana tempat wuduk yang memadai, sederhana dan selesa untuk kemudahan berwuduk. Keinginan pihak maahad adalah sangat tinggi untuk membuat fasiliti tempat ibadah secara sendiri mendapat kekangan dari sudut kewangan bagi menjayakan impian tersebut. Dianggarkan sebanyak RM10,000 diperlukan bagi kerja pembinaan kolah wuduk tersebut termasuk bumbung berserta kos upah. 



Kolah wuduk itu kelak adalah untuk kemudahan anak-tahfiz miskin asnaf dan anak-anak yatim yang menuntut di sini. Pihak maahad berhasrat membina kolah wuduk bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Selain tu, surau baharu maahad ini juga akan menempatkan jemaah solat daripada Penduduk Pekan Ayer Hitam yang berhampiran. Saiz tempat wuduk yang besar akan memudahkan urusan berwuduk seluruh warga maahad dan juga penduduk tempatan yang turut hadir untuk solat berjemaah di surau maahad nanti.



Wuduk berperanan penting dalam menyucikan hati orang yang beriman. Penyucian hati ini berlaku apabila ia bebas dari sifat mazmumah lalu terdidik dengan sifat-sifat mahmudah. Islam memperkenalkan kepada umatnya berbagai-bagai cara untuk bersuci dan membersihkan diri sama ada dari segi zahir atau batinnya. Salah satu daripada cara tersebut adalah berwuduk.



Selain itu, menjaga wuduk merupakan salah satu sunnah yang dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Dengan menjaga wuduk ini akan semakin bertambahnya kecintaan pada Nabi SAW yang mulia. Tambahan pula apabila seorang Muslim memperbaharui wuduk ketika hendak solat walaupun belum batal, baginya sudah tercatat sebagai sunnah yang mulia.



Jazakumullahu khairan jaza buat para dermawan yang menyumbang untuk pembinaan kemudahan kolah wuduk yang selesa buat para pedamping Al-Quran ini. Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala dan meredhai segala usaha para penyumbang yang membantu dalam melaksanakan amal jariah ini untuk memudahkan urusan para pelajar beribadah.


"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."(S.Al-Qasas: 77)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2023

NOR AIN SYAFIKAH AWANG MOHD LATIF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat