MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 05, 2023

BANTU SEDEKAH MAKANAN TAHFIZ ASNAF

RM1,526 / 50.87 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

85 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH KEBERKATAN DAN PAHALA BERLIPAT KALI GANDA HANYA DENGAN RM10 BANTU SEDEKAH MAKANAN BUAT PELAJAR TAHFIZ ASNAF. BERIKAN SEDEKAH TERBAIK HARI INI DENGAN SEMANGAT KEBERKATAN HARI JUMAAT YANG ISTIMEWA.


Bersedekah harus dilakukan dengan hati yang ikhlas, semata-mata mengharapkan redha Allah SWT. Bersedekah adalah tanda bersyukur kepada kepadaNya, dan cara terbaik mendekatkan diri padaNya. Sedekah yang paling mudah ialah sedekah makanan. Hanya dengan bersedekah sebesar RM10 kita sudah mampu memberi makan dan membahagiakan kaum muslimin, serta meraih pahala syurga. Bantu mengenyangkan orang lain merupakan amal yang sangat dianjurkan Islam. Nabi SAW bersabda:


“Tidak (sempurna) iman orang yang kenyang perutnya sedang tetangga sebelahnya kelaparan.”

(HR Baihaqi)



Sebagai orang yang beriman, kita mesti berada di barisan utama untuk menolong insan yang memerlukan. Kepedulian terhadap sesama manusia adalah salah satu bentuk akhlak mulia yang harus dilestarikan. Hal ini kerana manusia hidup tidak hanya untuk hablumminallah saja tetapi hablumminannas juga perlu dipupuk dengan baik. Memberi sedekah kepada fakir miskin dan golongan asnaf merupakan bukti keimanan kita kepada Allah SWT.


Sehubungan itu, pihak maahad berbesar hati mengadakan kempen buat muslimin dan muslimat yang berhasrat membantu memenuhi keperluan makanan anak-anak tahfiz di sini. Untuk makluman dalam tempoh seminggu sebanyak 7kg ikan dan 10kg ayam diperlukan oleh 40 orang pelajar tahfiz. Menyajikan makanan yang berkhasiat serta lengkap dengan nutrisi adalah sangat penting bagi kesihatan tubuh badan dan tumbesaran para pelajar.




Pengambilan nutrisi dan sumber protein yang seimbang dan mencukupi setiap hari sangat penting untuk memastikan tubuh badan kekal sihat, meningkatkan kadar metabolisma serta menghindarkan daripada penyakit. Tabiat pemakanan yang baik juga mampu menyokong pekembangan minda dan fizikal agar menjadi seorang yang hebat khususnya para pelajar yang menghafaz Al-Quran. Mereka memerlukan hidangan yang berkhasiat untuk memudahkan mereka belajar Al-Quran.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kemurahan hati muslimin muslimat yang sudi membantu menyumbang bagi menyediakan keperluan makanan yang berkhasiat dan toyyib untuk anak-anak tahfiz ini. Sungguh indah ajaran Islam yang ditonjolkan Baginda SAW agar berkongsi rezeki kepada insan yang kelaparan. Mari segera hidupkan sunnah mulia Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita dengan bantu mengenyangkan mereka yang kelaparan. Semoga dengan berkat jumaat Allah melimpahkan pahala yang berlipat kali ganda bagi hambaNya yang suka bersedekah.


“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yang tidak dimasuki oleh orang lain.” (HR Thabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2023

ROHANI BINTI MD SHAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 05, 2023

Kempen Sumbangan Tamat