Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,370 / 45.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
66 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kejayaan Bakeri Al-I’tisam di Yaman telah menyelamatkan ribuan penduduk Yaman dari kebuluran terutama masyarakat yang tinggal di daerah Zabid ,Hudaidah.
Setakat hari ini, bakeri ini telah berjaya menyumbang hampir 4 juta keping roti kepada penduduk sekitar. Kejayaan besar Bakeri Al-I’tisam sehingga kini ialah mampu mengurangkan insiden kebuluran dikalangan penduduk yang menjadi mangsa perang dan hidup dalam kemiskinan.
Bakeri ini telah dibangunkan pada awal bulan September, 2017.
Tercetusnya idea Bakeri Al-I’tisam di Zabid ini adalah kerana memandangkan situasi di Yaman pada waktu itu dimana pihak UN melaporkan 13 juta penduduk di ambang kebuluran. Walaupun Yaman baru memasuki tahun ke-2 dalam konflik peperangan namun kesannya kepada rakyat miskin sangat ketara dan drastik .
Krisis kebuluran di Yaman bukan hal biasa atau boleh dipandang remeh. Ini adalah soal nyawa umat Islam, saudara seagama yang sangat memerlukan bantuan.
Tidak dapat dinafikan, peperangan yang sudah berlanjutan ini mungkin akan memakan masa bertahun-tahun lagi untuk ditamatkan. Oleh yang demikian, akan lebih ramai lagi yang akan hidup dalam kesengsaraan dan memerlukan bantuan seperti yang diberikan oleh Bakeri Al-I’tisam hari ini.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 12, 2021