ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Jun 16, 2021

COVID 19 SEDEKAHKAN DAGING KORBAN PEK MAKANAN UNTUK WARGA TUA ASNAF

RM5,927 / 118.54 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

290 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Sayu melihat keadaan yang tak terurus semasa pasukan kami menghantar Sadaqah Ramadan tempuhari. Ramai tak sihat, terlalu uzur untuk urus diri sendiri, hanya mengharapkan ehsan orang ramai. Jom bantu!

 

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

 



Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)


Kami mengajak para penderma yang budiman untuk turut serta bersama menyalurkan sumbangan kepada warga tua di kampung ini. Keutamaan pek makanan akan diberikan kepada warga tua/yang sakit, sementara sedekah daging korban diagihkan kepada asnaf, fakir miskin. 



Lokasi : Kg.Ampil,Wilayah Cham, Kemboja

Jenis Bantuan : Daging Korban & Pek Makanan Kering

Bilangan Keluarga : 100 keluarga

                                                         


Di himpit kemiskinan, mereka menikmati juadah daging hanya setahun sekali, itupun jika ada yang sudi menderma kepada mereka. 


                                                                          Latar Kg.Ampil

  1. Merupakan sebuah kampung yang terletak di kawasan pedalaman. Mengambil masa kira-kira enam ke tujuh jam dari pusat bandar Phnom Penh. Kampung ini juga dikenali sebagai Kampung tradisi berusia lebih dari satu ratus tahun. Sumber pendapatan diperolehi dari hasil pertanian dan menangkap ikan secara kecil-kecilan. Kehidupan daif dan miskin kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Kemiskinan yang dialami menyebabkan anak-anak tertinggal jauh dalam pendidikan rasmi seperti di sekolah Kebangsaan.

 

Anak-anak kampung ini hanya mempelajari kelas agama yang dibuat khas oleh ustaz-ustaz kampung. Kekurangan pendidikan dan peluang pekerjaan menyebabkan kebanyakkan anak-anak muda terpaksa berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan seperti di Malaysia dan Thailand. Penghijrahan ini mengambil tempoh bertahun untuk kembali ke Kemboja. Hanya kiriman wang sahaja di hantar kepada ibu-bapa di Kampung.

 

Namun, dalam kedaan pandemik Covid-19 yang mengancam dunia hari ini. Pekerjaan anak-anak Kemboja yang berhijrah ke Malaysia dan Thailand turut terjejas. Ada di antara mereka yang diberhentikan kerja dan tidak kurang juga yang gajinya di potong. Dalam keadaan situasi pandemik ini kebanyakkan majikan berdepan dengan masalah kewangan dan terpaksa melakukan demikian bagi menyelamatkan syarikat mereka. Kehilangan pekerjaan ini menambahkan lagi kesukaran hidup mereka dalam mecari rezeki bagi menyara hidup di kampung Kemboja.


Kini tidak lagi seperti kebiasaanya pada setiap bulan akan menerima kiriman wang dari anak-anak yang bekerja di luar negara. Ketiadaan sumber pendapatan ibu bapa di kampung telah menyekat mereka untuk membeli sumber makanan. Makanan hanya mendapat ihsan dari jiran tetangga yang juga terhad pendapatannya. Mereka hanya memberi apa yang ada daripada melihat warga emas terus berlapar.  Tiada saluran bantuan yang dapat menyelesaikan masalah mereka ini di Kemboja. 



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 17, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 17, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 17, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 17, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 17, 2021

Kempen Sumbangan Tamat