MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 20, 2024

MENCARI KEAMPUNAN DENGAN BERINFAQ BERAS

RM160 / 5.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH KITA MENCARI KEAMPUNAN ALLAH SWT DENGAN BERINFAQ BERAS KEPADA ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF INI.


Sebagai seorang yang bergelar insan tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa dalam kehidupan. Dosa yang dilakukan memberi kesan negatif dan buruk dalam kehidupan kita yang menjadikan hati kita tidak tenang, tidak tenteram dan keluh kesah. Seterusnya, dosa akan mendatangkan musibah pada kehidupan akhirat kelak.



Oleh itu, kita perlulah segera mencari keampunan daripada Allah SWT selagimana nyawa kita dikandung badan. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan rahmat Allah SWT yang luas mengatasi segala-galanya. Nabi ﷺ telah memberi penunjuk kepada kita yakni jalan menuju keampunan Allah SWT iaitu dengan bertaubat dan memperbanyakkan amalan-amalan kebajikan di dunia ini. Sabda Nabi SAW:


وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا 


“Iringilah keburukan dengan kebaikan, nescaya ia menghapusnya." 

(HR at-Tirmizi)



Antara kebajikan yang boleh dilaksanakan ialah dengan berinfaq sebahagian daripada harta yang dimiliki ke arah kebaikan untuk meraih keampunan-Nya. Sehubungan itu, kami membuka peluang kepada muslimin dan muslimat sekalian untuk menghulurkan infaq dalam kempen infaq beras kepada para pelajar tahfiz di maahad kami yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf. Sumbangan infaq ini akan memberi sinar keceriaan buat mereka dan membekalkan tenaga dalam menghafaz kalamullah serta dalam kegiatan seharian. 



Bermula RM10, marilah kita menyumbang dalam kempen infaq beras ini mudah-mudahan dengan infaq ini bukan sahaja kita dapat meraih keampunan Allah SWT bahkan akan memperolehi ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Semoga Allah SWT menerima pengorbanan kita ini dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala usaha kita dalam melahirkan para huffaz Al-Quran.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 22, 2024

GAN THIAM SENG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2024

MUHAMAD HAFIZAN BIN HASHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2024

Kempen Sumbangan Tamat