Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Aug 01, 2022

TABUNG RAYUAN DERMA SEGERA PERKIM BTP

RM9,503 / 47.52 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

392 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini untuk merayu sumbangan segera untuk bantu PERKIM BTP meneruskan berbagai aktiviti. Dana kami sudah kritikal. Ayuh bantu kami untuk terus maju hingga ke akhir tahun!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Pada tahun 2022, setakat Julai 2022 hanya 3 orang telah memeluk Islam melalui PERKIM Cawangan BTP (PERKIM BTP), alhamdulillah. Selain itu, 2 orang lagi yang telah murtad telah dipulihkan akidah mereka dan kini telah kembali ke agama fitrah.



Gambar di atas - Pesuruhjaya Sumpah didatangkan ke PERKIM BTP untuk mualaf mengangkat sumpah menyatakan mereka telah memeluk Islam dan seterusnya ke JPN untuk proses menukar kad pengenalan. Pesuruhjaya Sumpah ini dibayar oleh PERKIM BTP.


Kini 39 orang Mualaf mengikuti kelas-kelas bimbingan dan setiap bulan angka ini terus bertambah. Mualaf juga dibantu dari A-Z selepas memeluk Islam, termasuk memastikan mereka segera angkat sumpah untuk mendaftar status pengIslaman di JPN dan menukar kad pengenalan, membuka akaun bank bagi memudahkan pemberian bantuan. PERKIM BTP juga menyewa van / kereta untuk ambil mualaf-mualaf yang tinggal jauh dan tiada kenderaan untuk memastikan tiada alasan untuk hadir ke kelas-kelas bimbingan. Inilah antara perbelanjaan terbesar PERKIM BTP.


Kami difahamkan oleh MAIS, terdapat ramai lagi yang memohon untuk murtad di kawasan Rawang dan meminta PERKIM BTP untuk membantu sentiasa menyantuni dan memberi khidmat kaunselling kepada mereka. Selain itu, inflasi telah menyebabkan ramai Asnaf B40 dan Muallaf B40 yang terjejas. Kami di PERKIM BTP selalu dihujani dengan berbagai permintaan untuk bantuan.



Gambar di atas - Menziarahi dan meyantuni salah seorang anak keluarga ini yang baru kembali ke agama fitrah setelah istihar murtad. 


Mungkin disebabkan inflasi juga, sumbangan untuk PERKIM BTP agak berkurangan dan dana kami juga amat kritikal. Namun kerja-kerja dakwah perlu terus disuburkan, kerja-kerja kebajikan perlu diteruskan, dan kerja-kerja tarbiyah juga perlu diperbanyakkan.



Gambar di atas - PERKIM BTP juga menjemput pegawai yang bertauliah mendaftarkan pengislaman ke pejabat kami supaya pendaftaran boleh dilakukan di luar waktu pejabat sekali pun. Ini memudahkan mereka yang tidak dapat ke pejabat agama waktu pejabat.


Jika kita alpa, seorang mungkin memeluk Islam hari ini, pada masa yang sama 3 orang mungkin memohon untuk keluar dari Islam! Nauzubillah! Kami di peringkat cawangan PERKIM, bergantung penuh kepada sumbangan orang ramai untuk terus berdakwah dan melaksanakan amal kebajikan. Ayuh, menyumbang seikhlas hati! Kami amat-amat memerlukan sumbangan anda sekarang! Berbagai aktiviti akan tertangguh tanpa dana segera! Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada semua penyumbang.



Gambar di atas - Begitu juga dakwah kepada non-muslim yang berkunjung ke PERKIM BTP dan memeluk Islam, ada yang tidak memeluk Islam tetapi ingin berfikir terlebih dahulu.



Gambar di atas - Muallaf yang telah lama atau baru memeluk Islam, sentiasa disantuni supaya mereka “tidak hanyut” hanya kerana mereka terus diuji dengan kesulitan atau masalah tiada kerja dan sebagainya.



Gambar di atas - Juga membantu mereka yang ditimpa musibah seperti banjir dan penyakit yang kritikal.
 
Sedekah dapat menghapuskan dosa.
والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi).

Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHD FIRDAUS

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Oct 20, 2022

Kempen Sumbangan Tamat