Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Sep 06, 2022
RM1,155 / 23.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
48 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik boleh menyebabkan keadaan kesihatan seseorang itu menjadi lemah. Buah pinggang berfungsi untuk mencuci kotoran di dalam badan kita. Justeru, kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan kegagalan tubuh badan dan seterusnya boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan.
Ramai dikalangan kita menghadapi situasi seperti ini. Untuk mencuci buah pinggang memerlukan mesin dialisis. Hal ini pastinya menyebabkan kos yang terpaksa ditanggung agak tinggi. Antara kos yang terlibat adalah kos membuat tapak dialisis dan juga kos mencuci 3 kali seminggu.
Sehubungan dengan itu pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu seorang guru agama di Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin Batu Pahat untuk menampung kos perubatan membuat tapak dialisis yang beranggaran RM4,500.00. Beliau mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Ustaz Mohd Nor Fazli adalah seorang Ustaz yang berdedikasi dalam membantu anak-anak muridnya menimba ilmu serta beliau rajin berdakwah ke jalan Islam. Semoga sumbangan ini sebagai pahala kepada kita demi dakwah Islam.
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَابِ الدُّنْياَ نَفْسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَابِ يَوْمِ اْلقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالْاَخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَالْاَخِرَةِ وَاللهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ اْلعَبْدُ فِى عَوْنِ اَخِيهِ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ
Artinya: "Barang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mau menolong saudaranya." (HR. Muslim).
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
PUZAINI BINTI MOHD YUNUS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 07, 2022
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM35.00
Sep 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 07, 2022