MEMBANTU GAZA MEMBANGUN SEMULA DENGAN CINTA DAN HARAPAN

RM335 / 6.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pasukan perubatan di sini berjuang menyelamatkan nyawa, tetapi mereka menghadapi masalah kekurangan dana yang serius untuk membeli ubat-ubatan, peralatan perubatan dan kenderaan. Jom bantu mereka!


Gaza, Palestin, berada dalam keadaan peperangan yang dahsyat pada bulan Oktober 2023. Konflik berlarutan ini telah menyebabkan penderitaan yang teramat dalam kalangan penduduk Gaza. Bantuan kemanusiaan dan perubatan sangat diperlukan dalam usaha untuk membantu mereka yang terjejas. Di sinilah program sumbangan kewangan kita memainkan peranan yang penting.



Program sumbangan kewangan Kempen Tabung Kecemasan Pasukan Perubatan adalah inisiatif yang ditubuhkan oleh untuk memberikan bantuan perubatan yang segera kepada mereka yang memerlukan. Gaza menghadapi kekurangan ubat-ubatan yang serius dan keperluan untuk perkhidmatan kesihatan yang berkualiti lebih mendesak dari sebelumnya. Dalam situasi peperangan yang berterusan, setiap wang yang kita sumbangkan akan menjadi sinar harapan bagi penduduk Gaza.



Tujuan program adalah untuk mengumpulkan dana kewangan untuk pembelian ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang diperlukan. Menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada mereka yang terjejas oleh konflik. Meringankan penderitaan dan membantu dalam usaha pemulihan Gaza.



Sumbangan kewangan anda adalah kunci kejayaan program ini. Ia akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan, peralatan perubatan, dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang diperlukan kepada penduduk Gaza yang terjejas. Bantu kami menyebarkan maklumat mengenai program ini kepada keluarga, rakan-rakan, dan masyarakat setempat. Setiap perbincangan dan perkongsian di media sosial dapat membantu menyebarkan kesedaran dan sokongan.


Tujuan program adalah untuk mengumpulkan dana kewangan untuk pembelian ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang diperlukan. Menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada mereka yang terjejas oleh konflik. Meringankan penderitaan dan membantu dalam usaha pemulihan Gaza.



Pihak kami telah bekerjasama dengan PASRelief untuk penghantaran dan sumbangam bantuan perubatan dan ubat-ubatan serta perubatan yang diperlukan. Pihak PASRelief bersama-sama NGO yang lain telah bersedia untuk saluran sumbangan dan bantuan yang diperlukan. Alhamdulillah fasa pertama telah kami serahkan kepada rakan palestine kami iaitu PasRelief dan akan komited untuk menyumbang bantuan ubat-ubatan seterusnya.



Keputusan anda mencipta perbezaan


Kita mungkin tidak dapat menghentikan konflik, tetapi kita boleh membantu mereka yang memerlukan. Program sumbangan kewangan Tabung Kecemasan Pasukan Perubatan Bagi Bantuan Gaza Palestin adalah peluang untuk kita bersama-sama membawa perubahan positif dalam kehidupan penduduk Gaza yang terjejas.


Membantu orang lain dalam masa krisis adalah tanda kebaikan hati dan keinsafan kita sebagai manusia. Mari bersama-sama membuat perbezaan yang besar bagi mereka yang menghadapi penderitaan di Gaza. Jom berikan mereka cinta, harapan, dan sokongan yang mereka perlukan. Terima kasih kerana menyokong program sumbangan kewangan ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD TAUFIK AWAP

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2023

SYED ABDULBAQI BIN SAYED ZAKARIA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat