MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 25, 2023

HADIRKAN BERAS TERBAIK DI AWAL MUHARRAM BUAT PELAJAR TAHFIZ

RM480 / 16.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BERBUAT KEBAIKAN DI AWAL MUHARRAM YANG MULIA INI DENGAN MENYUMBANGKAN BERAS KEPADA PARA PELAJAR TAHFIZ DI MAAHAD KAMI.


Bagi mewujudkan rasa syukur dipanjangkan usia berada pada tahun baharu hijriah 1445 pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat untuk berikan sumbangan bagi menghadirkan beras terbaik kepada para penghafal Al-Quran di sini. Sumbangan ini juga adalah salah satu bentuk keprihatinan kalian kepada 70 orang para penghafal Al-Quran di maahad kami yang ketika ini sedang mengejar cita-cita mulia dalam menghafal dan memahami kitab suci Allah SWT.



Sebagaimana yang diketahui, beras merupakan sumber tenaga yang penting dalam kehidupan penduduk Asia termasuklah para pendamping Al-Quran untuk mereka menjalani aktiviti seharian dan dapat belajar dengan penuh semangat dan fokus. Dengan adanya bekalan beras yang mencukupi dapat membantu memastikan bahawa para penghafal Al-Quran memiliki bekalan makanan yang cukup untuk mendukung usaha mereka dalam menghafal kalam-kalam suci Al-Quran.



Oleh itu, di bulan yang penuh berkah ini, mari bersama-sama hadirkan kebahagiaan kepada anak-anak tahfiz yang sedang menuntut ilmu agama. Sumbangan beras ini akan menjadi bekal dan simpanan pahala di sisi Allah SWT. Dengan sumbangan yang ikhlas dan penuh keberkatan, para penyumbang dapat membantu para pelajar kami dalam memenuhi keperluan makanan harian mereka.




Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas perhatian dan kebaikan hati para dermawan bagi menjayakan kempen ni. Setiap butir beras yang dimakan oleh anak-anak tahfiz ini kelak akan menjadi pemberat timbangan dan amal jariyah para penyumbang yang akan terus mengalir pahalanya serta menjadi saksi pembela di akhirat nanti. Semoga Allah SWT senantiasa memberi taufik dan hidayah kepada para dermawan agar sentiasa istiqomah berinfaq membantu atas jalan kebaikan dan ketaqwaan. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat