MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 20, 2024

IKAN SEGAR HARIAN KEPADA PELAJAR ASNAF DAN YATIM

RM140 / 4.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BANTU HADIRKAN KEPERLUAN IKAN SEGAR YANG MENCUKUPI BAGI MEMBEKALKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT BUAT PARA PENGHAFAZ AL-QURAN.


Kenaikan harga barangan memberi kesan kepada semua pihak, tidak terkecuali pihak maahad. Sehubungan itu, kami mengajak muslimin muslimat menghulurkan sumbangan bagi membantu memastikan para pelajar asnaf dan yatim di maahad kami mendapat makanan yang mencukupi dan berkhasiat.



Di saat kita semua berdepan dengan kenaikan harga barangan, marilah kita memperbanyakkan amal kebaikan dengan berinfaq makanan segar kepada para pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Infaq anda akan memberikan mereka keperluan harian yang amat diperlukan, terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar ini.



Setiap kali pelajar-pelajar tahfiz menggunakan tenaga dari makanan yang anda infaqkan untuk menghafal dan mengamalkan Al-Quran, anda juga mendapat ganjaran pahala. Ini adalah amal jariah yang pahalanya akan terus mengalir selagi ilmu itu diamalkan. Allah SWT sangat mencintai mereka yang berinfaq, terutama dalam keadaan susah dan mencabar. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:


"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir: seratus biji."



Akhir kata, dengan memberikan ikan segar kepada pelajar tahfiz, anda bukan sahaja membantu mereka mendapatkan makanan yang berkhasiat, tetapi juga menyokong mereka dalam usaha mulia menghafal Al-Quran. Semoga setiap sumbangan yang anda berikan diberkati dan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 21, 2024

SITI ROHAIDAH MUSTAPA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 21, 2024

Kempen Sumbangan Tamat