MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 07, 2023

BUMBUNG SURAU PERLU DISIAPKAN SEGERA

RM320 / 5.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BUMBUNG SURAU YANG ROSAK DAN DHAIF PERLU SEGERA DIBAIK PULIH. MULAI RM10 AYUH MENYUMBANG DEMI KESELESAAN ANAK-ANAK TAHFIZ INI BELAJAR DAN BERIBADAH.


Pihak maahad dengan rendah hati memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk bersama-sama kita membantu memperbaiki bumbung surau yang menjadi tempat belajar dan beribadah bagi para pelajar. Sumbangan Tuan/Puan akan menjadikan surau ini tempat beribadah serta tempat belajar yang lebih selamat dan selesa untuk para pelajar.


Keadaan bumbung yang rosak dan dhaif menjadi kebimbangan dan kerisauan di hati para pelajar di sini ketika hujan lebat kerana sering kali berlaku kebocoran. Ia berlaku di dalam kawasan surau yang merupakan tempat para pelajar belajar dan menunaikan ibadah. Bumbung yang rosak dan usang perlu segera ditukar dan dibaik pulih dengan secepat mungkin, namun, pihak maahad masih kekurangan dana yang mencukupi untuk kos dan kerja-kerja baik pulih tersebut.


وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Sehubungan itu, pihak maahad ingin mengajak para dermawan untuk bersama-sama dalam bantu memastikan keselesaan dan keamanan pengajian para pelajar kami. Pulihnya bumbung surau ini kelak akan dapat memberikan perlindungan daripada cuaca buruk dan hujan lebat agar anak-anak tahfiz ini dapat fokus dalam belajar dan ibadah.


Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para penyumbang atas kesudian menyumbang bagi menjayakan kempen ini. Setiap sumbangan, sebesar apapun, akan sangat berarti bagi kami dan akan memberikan harapan baru dalam mengatasi krisis ini. Terima kasih atas kepedulian dan kemurahan hati anda. Semoga Allah membalas kebaikan anda dengan pahala yang melimpah dan memberikan keberkahan dalam kehidupan anda.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HISYAMUDDIN BIN MOHMAD SHAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat