MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 27, 2024

INFAQ PEMBINAAN MENARA AZAN UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM200 / 1.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BANTULAH ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM INI MEMILIKI MENARA AZAN UNTUK MEREKA MENYIARKAN LAUNGAN AZAN DEMI SYIAR ISLAM.


Pihak jawatankuasa maahad ingin memohon sumbangan untuk pembinaan menara azan anak-anak tahfiz. Menara azan adalah sebuah bangunan yang tinggi dan digunakan oleh muazzin bagi melaungkan azan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat bagi 5 kali sehari.


Dari mula pembinaan surau maahad ini memang tiada menara azan disebabkan kekurangan kos. Surau ini hanya meletakkan speaker sahaja di dalam surau. Oleh kerana pembangunan yang ada di sekitar surau tahfiz kami di sini, ia menyukarkan jemaah berhampiran surau untuk mendengar laungan azan berkumandang.



Jadi, kami amat memerlukan sumbangan untuk membina menara azan supaya seluruh penduduk yang berhampiran di maahad kami dapat mendengar laungan azan setiap kali masuk waktu solat dan juga dapat menunaikan perintah Allah SWT. Pihak maahad memohon jasa baik muslimin dan muslimat yang budiman agar sama-sama membantu tahfiz kami untuk pembinaan menara azan.



‘’Sekiranya orang-orang mengetahui akan rahsia keutamaan azan dan rahsia saf pertama, nescaya mereka akan berebut meraihnya meskipun dengan cara mengundi. Dan seandainya mereka mengetahui rahsia keutamaan yang ada pada waktu panasnya saat Zohor, nescaya mereka akan berebut mengerjakan solat pada saat itu. Dan seandainya mereka mengetahui rahsia keutamaan yang ada pada waktu Isyak dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya untuk melakukan solat keduanya walaupun harus dengan cara merangkak.”


Akhir sekali, jom kita sama-sama membantu memberi infaq dengan harta yang kita ada supaya mudah-mudahan ia menjadi sedekah jariah dan beramal soleh. Selagi mana laugan azan tersebut dikumandangkan oleh anak-anak tahfiz, maka selagi itulah pahala anda akan terus mengalir tanpa henti hingga hari kiamat. Semoga Allah SWT membalas kebaikan dan kemurahan hati yang budiman dengan dipermudahkan segala urusan dan hajat serta meraih redanya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat