TABUNG SUMBANGAN SELIPAR MASJID DAN SURAU SIRI 5

RM290 / 9.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BERSAMA KITA MEREBUT PELUANG UNTUK BERINFAQ DAN BERAMAL DENGAN MEMUDAHKAN PARA JEMAAH MENUNAIKAN KEWAJIPAN SOLAT FARDHU SEHARI-HARIAN. SEMOGA PAHALA YANG MENGALIR IBARAT SUNGAI YANG DERAS, AMIN.


Sumbangan Selipar Masjid dan Surau diteruskan seperti biasa dengan siri yang ke-5. 'Mari Berinfaq' merupakan tema yang digunakan bagi program ini kerana ganjaran atas pemberian itu berterusan selagi mana selipar tersebut digunakan oleh para jemaah dalam mana kita menyemai nilai dan semangat bersedekah.




Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (PKPR Batu Pahat) berhasrat agar kempen ini dapat terus dijalankan pada siri-siri lanjutan sehingga kesemua masjid dapat disalurkan sumbangan selipar ini. Masyarakat berpeluang memainkan peranan dalam membantu bukan sahaja pihak pengurusan masjid bahkan juga melakukan sedikit amal jariah dengan membantu para jemaah untuk melaksanakan ibadat. 




Dengan sumbangan yang diberikan oleh penderma, pihak persatuan akan menggalas amanah untuk mengedarkan selipar-selipar ini ke masjid-masjid atau surau-surau yang memerlukan. Sekecil manapun sesuatu amalan itu, InShaaAllah, Allah pasti akan memberikan ganjaran bagi yang menginfaqkan hartanya. Allah SWT Berfirman:


“Dan infaqkanlah harta pada jalan Allah dan jangan campakkan tanganmu (diri kamu) kepada kehancuran dan hendaklah kamu berbuat baik sesungguhnya Allah Suka orang-orang yang berbuat kebaikan." (Surah Al-Baqarah: Ayat 195)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat