Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,575 / 22.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
97 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Kegigihan seorang ibu membesarkan anak-anak perlu diberi penghormatan apatah lagi sekiranya ibu tersebut adalah seorang ibu tunggal. Mereka membesarkan anak-anak tanpa ada rasa jemu dan putus asa demi melihat anak-anak mereka membesar menjadi insan yang berguna di masa hadapan. Sesungguhnya kasih ibu itu membawa ke syurga.
Perjumpaan skuad Yayasan ke Puchong, Selangor baru-baru ini menemubual beberapa orang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak mereka bersendirian setelah kematian suami amat meruntun jiwa. Mereka ini adalah ibu tunggal asnaf dan hanya berkerja sebagai tukang sapu di syarikat pembersihan dan sebahagian lagi berkerja sebagai pembantu kedai makan. Gaji yang diperolehi adalah terlalu minima namun terpaksa membearkan anak-anak yang kesemuanya masih bersekolah.
Dengan rasa simpati terhadap golongan ibu tunggal yang susah ini, Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban yag sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang ibu tunggal yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan ibu tunggal miskin ini membesarkan anak-anak mereka . Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT sepertimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang berusaha memenuhi keperluan ibu tunggal dan orang miskin, pahalanya seperti mujahid fi Sabilillah atau seperti orang yang rajin berpuasa di siang hari dan rajin tahajud dimalam hari." (HR. Bukhari dan Muslim).
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim).
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 26, 2022
NUR HUSNA BINTI KHARMAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 26, 2022
SYAZA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 26, 2022