Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,375 / 56.25 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
144 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum WBT. Nikmat kesihatan adalah nikmat yang terlalu besar bagi mereka yang pernah mengalami sakit terutama yang pernah terlantar sakit dalam tempoh yang lama. Namun disebalik kesakitan yang dihadapi, sudah tentu kesakitan akan bertambah parah lagi sekiranya sumber kewangan yang ada tidak begitu baik. Begitulah nasib yang menimpa kepada beberapa warga emas asnaf yang ditemui oleh skuad kami yang terlantar sakit dengan kekurangan serba serbi untuk menampung perbelanjaan penjagaan oleh ahli keluarga mereka.
Dengan keadaan anak-anak mereka yang menjaga juga terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan, maka kehidupan warga emas ini begitu menyedihkan. Justeru itu, melalui pertemuan skuad kami dengan ahli keluarga mereka ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk membantu mereka dengan menyalurkan bantuan keperluan asas pesakit seperti ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital, susu khas, pampers, tisu basah, makanan asas kering seperti beras, bihun, tepung gandum, minyak masak, makanan dalam tin dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Warga emas ini tinggal di Lembah Klang dan walaupun ada di antara mereka yang menerima bantuan dari pihak berwajib namun bantuan yang diterima masih belum cukup untuk menampung keperluan mereka seharian.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama-sama membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh warga emas asnaf ini dan semoga dengan bantuan yang diberi, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit dan yang menjaga mereka iaitu ahli keluarga mereka sendiri.
Pesan Rasullulah SAW: “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah, bentengilah harta kalian dengan zakat, dan siapkanlah doa untuk menghadapi musibah.” (Riwayat Baihaqi)
Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 21, 2022