YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 13, 2022

INFAQ SUMBANGAN UNTUK ASNAF MUALLAF MISKIN

RM2,382 / 39.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

87 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf Muallaf miskin di sekitar Lembah Klang. Jom kita bantu mereka! Mudah-mudahan Allah SWT merahmati kita semua.

Sesungguhnya saudara baru atau Muallaf adalah mereka yang dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengenali apa itu Islam dan berpeluang menikmati kasih sayang Allah. Rasullullah S.A.W bersabda: “Apabila seseorang hamba masuk Islam, lalu Islamnya baik, dihapus daripadanya semua keburukan yang pernah dia lakukan. Kemudian setelah itu ada balasan yang adil; iaitu satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda. Adapun satu keburukan dibalas dengan sama, kecuali Allah mengampuninya.” (Riwayat Al-Bukhari)


Assalamualaikum W.B.T.


Kehidupan golongan Muallaf setelah memeluk Islam adalah sangat mencabar terutama bagi berhadapan dengan keluarga mereka sendiri yang belum memeluk Islam. Ramai di antara mereka yang dibuang oleh keluarga dan ada yang menerima pelbagai ancaman termasuk ancaman bunuh. Akibat dari itu, ramai di antara mereka menjadi susah dan miskin setelah memeluk Islam akibat tidak mendapat pembelaan dari keluarga dan kaum mereka.



Menyedari akan kesusahan yang dihadapi oleh mereka, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf Muallaf miskin yang berada di sekitar Lembah Klang. Sebahagian mereka ada yang berlindung di pusat perlindungan pihak berwajib dan ada yang tinggal bersendirian dengan menyembunyikan identiti mereka.


Oleh itu, melalui program Infaq Sumbangan ini, sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada mereka berupa bantuan kewangan, makanan asas dan keperluan yang difikirkan perlu untuk mereka seperti naskhah Al-Quran dan buku-buku agama.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan asnaf Muallaf miskin dan semoga sumbangan yang dihulur akan dapat menjadikan mereka lebih mencintai Allah dan Rasul dan menyayangi kita sebagai saudara seagama mereka. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat