Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,385 / 36.69 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,500
100 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum W.B.T.
Sedekah Jumaat Untuk Anak Yatim Miskin & Asnaf
Melalui program Sedekah Jumaat anjuran Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) minggu ini, sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada penerima dari kalangan Anak-Anak Yatim miskin dan memerlukan bantuan serta golongan Asnaf di sekitar Lembah Klang dan kawasan lain yang memerlukan.
Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, kerana pada hari itulah Adam diciptakan. Pada hari itu pula ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga ia dikeluarkan daripadanya. Dan hari kiamat tidak terjadi kecuali pada hari Jumaat." (Riwayat Muslim)
Nabi S.A.W. juga ada bersabda: ………."Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya". (Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Terima Kasih.
Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 12, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2021