Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Tujuan kutipan dana dijalankan adalah untuk menampung kos pengurusan operasi Pusat Jagaan Satu Warga Emas yang menempatkan lebih kurang 20 orang wanita warga emas.
Perbelanjaan kos pengurusan ini termasuklah sewa rumah, bil utiliti, keperluan penghuni seperti susu, pampers, ubat ubatan, pengangkutan ke hospital untuk check up, makan minum dan lain-lain.
Selain itu, hasil kutipan juga akan digunakan untuk membaikpulih beberapa kerosakan di dalam dan juga di luar rumah jagaan ini.
ABD HALIM BIN KHAIRUDDIN
Duhai Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Menerima Taubat, Maha memberi nikmat, Maha Memberi Rahmat. Sekiranya ada kebaikan di atas ibadah ini, berilah kebaikan ini kepada arwah ayahku abd halim bin khairuddin dan ibuku Siti Rohani. Duhai Allah, ampunilah semua dosa umat manusia yg beragama sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Amin
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga sumbangan ini dapat membantu serba sedikit buat yang memerlukan. Doakan saya mendapat kerja yang lain yang lebih baik supaya saya dapat membantu lebih pada masa akan datang. Doakan suami dan saya murah rezeki seperti air yang mengalir dan terhindar dari segala kecelakan. Amin.
Anda mengaminkan doa ini
NURSHAFIQAH JESWANDY
Ya Allah, engkau terimalah ibadah sedekah ini khas pahala buat arwah ayahandaku Jeswandy bin Borhan, perluaskan, terangkan cahaya kuburnya, tempatkan disyurga firdausi mu dan pertemukan lah kami sekeluarga di syurgamu kelas suatu tika nanti, ameen ya Rabb.
Anda mengaminkan doa ini