PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

19 jam yang lepas

Doakan kedua ibu bapa saya sihat sentiasa & dipermudah segala urusan dunia akhirat dan Diampunkan segala dosa2 mereka. Utk saya, doakan saya bebas dari segala bebanan hutang, dihapuskan segala dosa & dipermudah segala urusan dunia & akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

19 jam yang lepas

Ya Allah.. Duit Hamba tinggal sedikit.. Sem0ga duit yang sedikit ini dapat membantu Orang yang Memerlukan.. Engkau Permudahkanlah setiap Langkah dan Urusan Mereka 🤲🏼🤲🏼🤲🏼

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR FAHRUROZI BIN ASROFI

19 jam yang lepas

Semoga Allah menerima amal baik kita semua dan permudahkan semua urusan kita di dunia dan akhirat..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

19 jam yang lepas

Ya Mujeeb lembutkan hati waris kpd warga emas di semua pusat jagaan utk berbakti kpd org tua masing². Gembirakan hati warga emas ini di penghujung usia mereka. Ambillah nyawa mereka di saat Kau benar² redha dgn mereka & matikan mereka dlm husnul qatiimah. Lancarkan serta permudahkan urusan kami serta murahkan rezqi kami dlm menjaga ibu bapa kami. Jadikan kami dr kalangan hambaMu yg Kau redhai.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD FIQRIE BIN ZUKRI

19 jam yang lepas

Semoga dipermudah segala urusan ibu2 & bapa2 yang berada di pusaat jagaan ini . doa kan saya dan isteri dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah ya .

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

IKIN

19 jam yang lepas

Semoga Allah memberkati hidup kita semua

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: