PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

11 jam yang lepas

Semoga Allah murahkn rezeki kepada penyumbang2 supaya kita semua boleh berkongsi rezeki lagi pada yang memerlukan. Amiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

11 jam yang lepas

Doakan saya sentiasa dimurahkan rezeki agar dapat membantu orang2 lain juga. Doakan juga kesembuhan buat anak saya Amsyar Azhar (pesakit talasemia) & Adrienaz Amani (oku penglihatan) agar dapat melihat walaupun sebelah mata. In shaa Allah. Aamiin...

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

12 jam yang lepas

Ya Allah permudahkan lah urusan kami, anak anak kami, urusan penggendali pusat jagaan ini...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

12 jam yang lepas

Mohon kpd Allah agar diberi kelancaran dlm apa yg kami usahakan, dipermudahkan urusan ganturugi kerugian kami izinkanlah segala impian dan hajat kami tercapai dan bahagiakanlah semua ahli keluarga kami dlm kehidupan dunia dan akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALONG

12 jam yang lepas

Semoga disihatkan tubuh badan ibuku,Ramlah binti Abd rashid,dn semua ibu2 dan ayah dirumah perlindungan ini.Inshaallah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

12 jam yang lepas

Semoga Allah rahmati warga Pertubuhan Kebajikan Nur Ehsan.Aamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: