Assalamualaikum WBT. Mari Sedekah Selipar Masjid adalah satu kempen yang memberikan peluang kepada penderma-penderma di sumbangan.com untuk turut sama menyumbang. Mungkin kempen ini nampak remeh, tetapi jika kita lihat dari sudut pahala sedekah, ianya sangatlah besar.

Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (PKPR Batu Pahat) terpanggil untuk mengadakan kempen ini biarpun pada dasarnya nampak kurang penting, namun pada zahirnya ia dapat menggalakkan masyarakat untuk turut serta dalam menjaga kebersihan masjid. Sering kali apabila kita berjemaah di masjid atau surau, selipar untuk kegunaan ke tandas atau mengambil wudhu tidak mencukupi atau berada dalam keadaan yang uzur.

Justeru itu. pihak PKPR melihat bahawa ini adalah salah satu cara bagaimana masyarakat dapat membantu pihak jawatankuasa masjid dalam menangani isu ini. Dengan sumbangan yang diberikan oleh penderma, pihak persatuan akan mengedarkan selipar-selipar ini ke masjid-masjid atau surau-surau yang terpilih. Nampak remeh, namun bayangkanlah pahala yang akan mengalir setiap kali selipar itu diguna pakai oleh jemaah masjid.

Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (Hadith Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!

Alhamdulillah Syukur
Tanggal 21 Muharram 1444 Hijrah
Bersamaan 19 Ogos 2021, Hari Jumaaat
Pihak Persatuan lepas berjaya menyelesaikan Program Sumbangan Selipar Masjid, Siri 1 kepada Masjid-masjid di sekitar Batu Pahat.
Pihak Persatuan meluahkan rasa terima kasih kepada para penyumbang diatas sumbangan yang diberikan, semoga segala usaha murni kita ini dirahmati Allah dan dibalas dengan kebaikkan yang tidak disangka-sangka sama ada didunia dan terutamanya di akhirat, Semoga usaha ini menjadi sebahagian daripada saham akhirat buat semua penyumbang, In Shaa Allah, Amin Ya Allah Ya Mujib.
Pihak Persatuan sekali lagi mengucapkan Jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan juga Pihak Sumbangan.Com, Kami sudahi dengan ucapan, Jazakallahu Khairan Kathira.

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini