Subahanallah, dengan izin Allah, seorang lagi hamba-Nya kembali ke agama fitrah. Beliau adalah seorang berketurunan Punjabi. Memilih nama Muhammad.
Allahu Akhbar! Paling manis ialah, syahadah dibimbing oleh kakak beliau sendiri yang telah lama memeluk Islam.
Ini adalah pengislaman yang pertama untuk tahun 2024 di PERKIM BTP.
Firman Allah SWT, maksudnya: “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), Dan engkau melihat manusia memeluk agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat”. (Surah An-Nasr 110:1-3)Ini semua hasil dakwah dilaksanakan berbagai pihak, termasuk PERKIM.
Wang ringgit bukan segalanya, tetapi tanpa wang ringgit sukar melaksanakan berbagai initiatif dakwah dan kebajikan.
Tanpa sokongan anda, akan terbantu usaha-usaha dakwah.
Sokong kami jika anda bersama kami.